Inilah 3 Kisah ‘Time Travel’ Yang Benar-Benar Berlaku Di Dunia Nyata, Tiada Yang Mustahil Bagi Allah


‘Time Travel’ Sebenarnya Pernah Berlaku
Hakikatnya, dalam sejarah Islam, perjalanan masa ini memang pernah berlaku. Jika anda seorang Muslim, kisah-kisah di bawah pasti tidak asing bagi anda:
1. Pemuda Ashabul Kahfi Tidur Di Gua Selama 309 Tahun
Kisah ini merupakan kisah epik yang sangat mengagumkan. Tujuh pemuda ini telah ditidurkan oleh Allah selama beratus tahun lamanya untuk menyelamatkan diri mereka daripada pemerintahan raja yang zalim.
Apabila mereka bangun keadaan telah jauh berubah sedangkan mereka masih kekal muda. Bagi orang lain yang telah menjumpai mereka berasa sangat pelik seolah-olah mereka ini ‘pengembara masa’ yang datang dari masa lalu. Kisah ini jelas diceritakan dalam Al-Quran, surah Al-Kahfi.
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna”. (Surah Al-Kahfi 18:16)
Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. (Surah Al-Kahfi 18:18)
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)
(Surah Al-Kahfi 18:25)
Secara teorinya, kita boleh mengagak bahawa Allah telah menjadikan keadaan di dalam gua itu besar kuasa gravitinya berbanding masa di luar gua sehinggakan masa di dalam gua bergerak terlalu lambat. Ia bertepatan dengan teori relativiti umum oleh Einstein seperti yang telah diterangkan di atas.
2. Pemuda Yang Ditidurkan Oleh Allah Selama 100 Tahun
Kisah kedua tentang perjalanan masa ialah tentang seorang pemuda yang dikatakan bernama Uzair yang telah ditidurkan oleh Allah selama 100 tahun. Ishaq ibn Bisyr menceritakan, daripada Ibnu Abbas bahawa Uzair ini adalah seorang yang soleh. Kisah ini juga jelas terabadi dalam Surah Al-Baqarah.
“Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Ia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; ” (Surah Al-Baqarah 2:259)
Kisah kedua ini juga sama dengan kisah pertama yang disebutkan. Allah telah menidurkan pemuda tersebut dan membuatkan seolah-olah dia merasa bahawa dia hanya tidur sekejap sahaja. Perjalanan masa yang dilalui lebih lambat berbanding orang lain.
Keadaan fizikal dan perubahan biologi badannya tidak terikat dengan hukum masa yang dilalui oleh orang lain – masa sepatutnya menjadikan seseorang berusia sedangkan dia tidak.
3. Nabi Isa Akan Muncul Kembali Di Akhir Zaman Kelak
Umat Islam mempercayai bahawa Nabi Isa masih lagi hidup. Baginda tidak dibunuh tetapi telah diangkat dan hidup di suatu tempat yang tidak diketahui di mana. Allah mengatakan dalam Al-Quran bahawa:
“Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Surah An-Nisa’ 4:157-158)
Suatu saat kelak, menjelang akhir zaman dan saat dekatnya dengan kiamat, Allah akan ‘menurunkan’ kembali Nabi Isa untuk menyelamatkan semua umat manusia bersama-sama dengan Imam Mahdi dan pasukan umat Islam yang lain.
Melalui hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا ‏.‏ فَيَقُولُ لاَ ‏.‏ إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ ‏.‏ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الأُمَّةَ
Maksudnya: Isa bin Maryam SAW turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini – Riwayat Muslim (247)
Demikianlah ketiga-tiga kisah tentang perjalanan ke masa hadapan yang telah berlaku dan akan berlaku (peristiwa Nabi Isa). Tidak ada yang mustahil bagi Allah kerana Allah jualah yang menciptakan segala hukum alam, ruang dan masa. Hakikatnya kesemuanya adalah makhluk Allah yang tertakluk kepada pemerintahan dan urus tadbir Allah.
‘Time travel’ mungkin dirasakan mustahil bagi kita tetapi tidak bagi Allah. Terakhirnya, tujuan utama yang perlu kita fahami mengapa Allah menyebutkan tentang kisah-kisah ini dalam Al-Quran tidak lain tidak bukan untuk membuktikan kekuasaanNya serta penguat bagi menambahkan iman di dada kita.

Wallahualam...
Semoga bermanfaat, jangan lupa kongsikan kepada sahabat kita yang lain...

Sumber

Subscribe to receive free email updates: