Tak Salam Wanita Bertudung, Lawatan PM Kanada Tampan Ini Di Kawasan Gerai Makan Singapura Dapat Perhatian Orang Ramai



Mungkin ada segelintir daripada kita tak tahu bahawa negara Kanada mempunyai pemimpin yang kacak. Bahkan, Perdana Menteri dari negara tersebut, Justin Trudeau ini seorang yang rendah diri dan berjiwa rakyat. Lawatannya ke Singapura ternyata dikagumi oleh rakyat setempat. Dia dilihat melawat ke kawasan gerai makan di sekitar Jalan Adam dengan berkemeja putih melayan semua pengunjung disitu. Berpakaian kasual sambil selfie dengan penduduk setempat.

Biarpun berbeza agama, tapi tetap menghormati antara satu sama lain.

Ketampanan Justin Trudeau sampai buatkan wanita ini pec4h ovari dibuatnya.

Faham budaya, tak salam wanita bertudung, Salute!

Trudeau menyambut dan bertegur sapa dengan pengunjung di kawasan gerai makan di kawasan Bukit Timah. sekitar jam 7.45 hingga 8 pagi tadi.

Video yang berudurasi 50 saat itu memaparkan dia melayan dengan mesra dan berhenti di sebuah meja. Apa yang menariknya, selepas dia salam lelaki tua, Trudeau kemudiannya enggan salam wanita bertudung, beliau dengan sopan menyentuh dadanya sendiri sambil bertutur dengan sopan.



Pertama kali berkunjung ke Singapura

Menurut sumber, ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke Singapura. Tujuan Trudeau berada di bandar itu sebagai tetamu pengerusi Asean untuk sidang kemuncak Asean yang berakhir semalam.

Semalam, Trudeau dilihat di Fort Canning memberi penghormatan kepada neneknya.

Beliau akan meninggalkan Singapura hari ini untuk ke Papua New Guinea untuk menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.





Justin Trudeau, PM Kanada


Sumber 

Subscribe to receive free email updates: