Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018 (BSHR) Online

Bantuan sara hidup rakyat telah diperkenalkan menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir. Oleh yang demikian, pautan semakan, permohonan serta rayuan bagi BSHR telah diperbaharui. Di sini kami sediakan info mengenai permohonan BSHR, semakan keputusan serta bagaimana cara untuk membuat rayuan semula.

Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) 2018

BSHR masih lagi menggunakan data yang diperolehi daripada maklumat BR1M. Ini bermakna, anda tidak pelru mengisi kembali dari permulaan untuk membuat permohonan. Anda boleh terus menyemak BSHR anda melalui sistem MyBSHR yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Cara membuat semakan adalah seperti berikut:


Klik: SEMAK

Masukkan no kad pengenalan kemudian jawab 2 soalan keselamatan yang akan bertanya mengenai maklumat yang pernah anda isi.

Kemudian, anda klik semakan status. Dan status permohonan anda akan dipaaprkan. Adakah permohonan anda dalam proses, lulus, ataupun tidak layak. Setiap keputusan yang dikeluarkan akan dinyatakan sebab.

Rayuan Bantuan Sara Hidup Rakyat 2018

Rayuan boleh dibuat pada tarikh seperti berikut:

1 April 2018 – 30 Mei 2018

Tarikh rayuan ini telah tutup. Ini bermakna, tiada lagi rayuan yang akan diterima.

Tarikh dan jumlah Pemberian Duit BSHR 2018

Seperti yang dinyatakan , duit akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon bermula pada 6 jun 2018 secara berperingkat.

Semoga bantuan BSHR ini sedikit sebanyak dapat mengurankan beban perbelanjaan semasa musim hari raya ini.

Subscribe to receive free email updates: